MENGENALI AQSA SYARIF

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.

Monday, July 12, 2010

Sekitar Penglibatan AQSA di SMSI(sambungan)

AQSA Syarif Setiawangsa sekadar berjualan sambil mengutip derma di Hari Usahawan Sekolah Menengah Setapak Indah. Tapak diberi percuma dan hari begitu simpati pada kami walaupun khemah untuk berteduh juga diberi percuma.
Satu perkara yang menyentuh hati kami pada hari 3 Julai 2010, apabila seorang ibu muda India masuk kekawasan sekolah dan melewati khemah pameran kami sambil membuka dompet. Sekonyong mengelui anak kecilnya yang berjalan dihadapan sambil menuding kearah tabung kutipan derma. Tidak faham apa yang diperkatakan diantara mereka namun aksi tersebut sudah cukup untuk kami yang memerhatikannya faham dan terkedu. Apa tidaknya seoarang anak kecil India, bukan Muslim, dilatih dan diajar ibunya untuk bersimpati dengan rakyat Palestin.
INILAH PENGAJARAN BESAR YANG KAMI PEROLEHI PADA HARI TERSEBUT.



Sekitar Penglibatan AQSA di SMSI










Bersama Palestin di Surau Puncak Setiawangsa

Dipuncak sepi daerah Setiawangsa, Surau Ar-Rashidin tidak ketinggalan bersama-sama masyarakat Wilayah Persekutuan mengadakan ceramah solidariti Palestin. DSA dijemput kemajlis tersebut berkongsi pengalaman beliau bersama-sama aktivis satu dunia diatas kapal Mavi Marmara.
Puncak Setiawangsa ini kawasan 'elit' dihuni oleh kelas menengah, rumah besar, kereta mewah dan insyaAllah bersimpati dengan rakyat Palestin. Pada malam 29 Jun 2010 tersebut sekitar 80 orang hadir.


Seperti biasa program diserikan dengan jualan, kutipan derma dan tayangan video. DSA diberi 1 jam berkongsi pengalaman beliau namun kelihatan dan kedengaran keresahan hadirin untuk melihat video.
Walaupun hadirin tidak seramai mana namun kutipan masyaAllah, sekitar RM800 , dan ini tidak termasuk hasil jualan dan sumbangan untuk Pak DSA sendiri. Program malam itu diakhiri dengan beriani kambing.


Tuesday, July 6, 2010

DSA di Masjid Al-Muttakin Wangsa Melawati (sambungan)

Banner kapal Mavi Marmara adalah antara yang dipamerkan di malam itu. Petugas-petugas kita pada malam itu berada atas kapal tersebut seolah-olahnya....


Jualan macam biasa...luarbiasa sekali sambutannya.

DSA juga ditanya dengan soalan yang 'cepumas', macam biasa Pak DSA bisa saja. Soalannya, apakah tidak ada tindakan bersepadu dengan pihak kerajaan untuk memastikan kapal Mavi Marmara boleh sampai ke Gaza. Jawapannya ialah... (tanya Pak DSA).




DSA di Masjid Al-Muttakin Wangsa Melawati

DSA berprogram di Masjid Al-Muttakin Wangsa Melawati pada 24 Jun 2010. Banner di gantung diperkarangan luar masjid, kelihatan dari jauh dekat dengan simpang 3.
Program kali ini berbentuk forum dimana Imam 2 menjadi moderator. Sungguh rancak forum malam itu bilamana Imam 2 bukan saja petah malah mengetahui serba mendalam isu Palestin ini, namum semuanya bisa di jawab oleh Pak DSA kita, emh! emh! emh! apa rahsianya?

Para hadirin sebahagiannya.

Termanggu...begitulah. Bersebelahnya ialah Tuan Bendahari masjid.

Ini tak tahu nak ulas...'picture tells thousand stories'